Peluang Untuk Rakyat Johor, Miliki Rumah Bawah Harga RM100,000 Dengan Deposit RM1

Trending

Peluang Untuk Rakyat Johor, Miliki Rumah Bawah Harga RM100,000 Dengan Deposit RM1

Malaysia-and-Johor-Flags

Rakyat Johor berpeluang untuk memiliki rumah bernilai di bawah RM100,000 dengan pembayaran deposit serendah RM1.
Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan untuk memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Advertisement

Menurut Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak, bank terbabit memperuntukkan sebanyak RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Pembeli hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Butiran lanjut projek tersebut akand iumumkan oleh Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...