Peluang Untuk Anda Dapatkan 25 Pasang Tiket Wayang Percuma Filem Death Whisper Untuk Tontonan Awal
Trending. Diterbitkan 5 tahuns lalu .
oleh AbangNara
Istimewa untuk peminat filem seram, kami ada berita baik untuk anda. Filem seram berjudul Death Whisper dari Indonesia akan ditayangkan pada 22 Ogos 2019 ini. Filem ini merupakan adaptasi dari filem seram terkenal dari Korea Selatan iaitu Whispering Corridors.
Berita baik pula untuk pembaca kami, TGV Cinemas akan menghadiahkan 25 pasang tiket percuma kepada anda untuk tontonan awal pada 19 Ogos ini!
Advertisement
Filem Death Whisper mengisahkan mengenai Alex yang diterima masuk di sebuah sekolah terkenal bernama ‘Abdi Bangsa’. Namun ianya hanya indah khabar dari rupa kerana sekolah tersebut mengamalkan budaya ‘senior-junior‘ yang melibatkan buli secara fizikal dan mental.
Pelbagai insiden yang menyeramkan berlaku apabila Alex dipaksa untuk melakukan ritual memanggil roh di sekolah mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Sama-sama kita saksikan pada 19 Ogos ini. Berikut adalah maklumat lanjut:
Tarikh: 19 0gos 2019 (Isnin) Masa: 9.00 malam Tempat: TGV One Utama
Untuk anda menjadi yang terawal menonton, anda perlu mengisi borang di bawah dan lengkapkan slogan “Saya suka menonton filem hantu kerana…”. Slogan yang menarik dan kreatif akan memenangi tiket wayang percuma untuk tonton filem Death Whisper.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Ogos 2019 (Jumaat). Terima kasih kami ucapkan kepada TGV Cinemas untuk peluang ini. Selamat mencuba dan jumpa anda di sana!
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
Popular Sekarang
Kehidupan 1 bulan lalu
21 Kali Pintu Gerbang Diketuk Dan Diubai Suai, Masjid Andalusia Menjadi Lokasi Tarikan Di Kelantan
Hiburan 1 bulan lalu
“Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain
Hiburan 1 bulan lalu
“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Pun Orang Akan Tetap Salahkan..” – Sharnaaz Ahmad Tuju Pada Siapa?
Kehidupan 1 bulan lalu
“Influencer Buat Air Manis Tak Kecam, Agamawan Saran Kurma Letak Butter Ramai Pulak Bitter” – Individu Geram Netizen ‘Pilih Kasih’
Hiburan 1 bulan lalu
“Semoga Ada Jalan Mudah” – Ude Tarik Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh, Izreen Azminda Kekal Teruskan Saman
Komen
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.