Selepas tujuh tahun menunggu pembalasan buat pelaku-pelaku yang menjadi punca kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, akhirnya pihak Mahkamah Rayuan telah menetapkan hukuman gantung sampai mati buat enam tertuduh (OKT).
Mahkamah Rayuan menyifatkan pembunuhan yang dilakukan OKT bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman paling jarang ditemui.
Mana tidaknya, selain memukul dengan teruk, OKT juga menekapkan seterika wap di seluruh badan si mati termasuk kemaluan dan selepas disiksa dengan kejam, semua OKT menyembunyikan si mati untuk mengelakkan perbuatan diketahui pihak atasan.
Doktor perjelaskan kecederaan teruk Zulfarhan
Di aplikasi X, Dr Samhan percaya peluang untuk arwah hidup mungkin lebih tinggi jika dibawa ke hospital lebih awal.
Dalam hantaran itu, Dr Samhan menjelaskan bagaimana kecederaan boleh membawa kepada hipervolemia, masalah jantung, dan kegagalan buah pinggang yang menjadi punca kematian.
Berdasarkan prosiding mahkamah, punca kematian Zulfarhan adalah kombinasi antara hipervolemia, masalah jantung, dan kegagalan buah pinggang.
Biar saya ceritakan bagaimana semua ini saling berkait: pic.twitter.com/Jujd45hYlb
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) July 24, 2024
Punca kematian arwah
Jelas doktor, luka melecur menyebabkan mangsa kehilangan cecair yang banyak dalam badan. Dalam usaha untuk mengatasinya, badan menghasilkan cecair intravena secara berlebihan yang menambah beban kepada jantung dan buah pinggang.
Keadaan itu membawa kepada kegagalan organ-organ penting yang akhirnya menyebabkan kematian mangsa.