Peluang Untuk Beramah Mesra Bersama Lisa Surihani & Syarif Sleeq

Hiburan

Peluang Untuk Beramah Mesra Bersama Lisa Surihani & Syarif Sleeq

Lisa Surihani dan Syarif Sleeq merupakan pelakon untuk filem Sinaran yang bakal memulakan tayangannya esok, 26 November 2015. Filem muzikal arahan Osman Ali ini bakal menyaksikan lagu-lagu popular lagenda jazz Malaysia, Sheila Majid dinyanyikan semula. Selain Lisa dan Syarif, pelakon-pelakon hebat seperti Izara Aishah dan Evan Sanders turut sama membintangi filem ini. Lagi best Sheila Majid turut membuat penampilan istimewa.

lisa dan syarif sleeq

Advertisement

Untuk menambahkan lagi kemeriahan bersempena permulaan tayangan filem Sinaran esok, satu sesi beramah mesra bersama Lisa Surihani dan Syarif Sleeq akan diadakan esok (Khamis, 26 November). Bertempat di GSC One Utama New Wings, para peminat kedua-dua selebriti ini berpeluang untuk mendapatkan poster ekslusif yang ditandatangan dan juga pas bermusim untuk menonton filem Sinaran bermula jam 6 petang sehingga 7 malam.

lisa dan syarif sleeq

Caranya senang sahaja. Anda hanya perlu aktifkan RBT lagu “Sinaran Cinta”. Cara-cara nak aktifkan ada di poster di atas. Celcom boleh, Digi boleh, Maxis boleh, UMobile pun boleh. Lepas dah aktifkan, anda akan terima satu SMS. Bawa SMS ini dan tunjukkannya ketika anda hadir ke GSC One Utama. Nanti dapatlah pas bermusim dan juga poster ekslusif yang ditandatangani oleh Lisa Surihani dan Syarif Sleeq. Senang je kan?

Untuk makluman, “Sinaran Cinta” adalah lagu terbaru nyanyian Sheila Majid. Lagu ini memang sedap dan feeling untuk didengar. Kalau anda peminat Lisa Surihani atau pun Syarif Sleeq, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selain itu jangan lupa untuk menonton filem Sinaran bermula esok. Maklumat lanjut di Facebook Sinaran OST / Movie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...