Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peluang Menangi Tiket Wayang Filem Hotel Transylvania 2 Pada 23 September Ini

Yeah!!!! Drakula comel kegemaran Abang Nara bakal kembali lagi. 24 September ini, marilah bergelak ketawa dengan keletah comel dan kelakar Dracula, Mavis, Frankenstein dan ramai lagi dalam Hotel Transylvania 2. Filem animasi ini merupakan sambungan kepada Hotel Transylvania yang telah mendapat kutipan lebih daripada USD350 juta dan juga mendapat rating 7.1 di IMDB. Senang cerita, kalau yang first dah meletop macam tue, yang nombor 2 nie confirm lagi awesome lah!!!

hotel Transylvania

Advertisement

Menggunakan suara Adam Sandler selaku Dracula dan Selena Gomez selaku Mavis, Hotel Transylvania 2 mengisahkan Dracula dan kawan-kawannya yang cuba menghalang Mavis daripada meninggalkan hotel itu. Macam-macam teknik digunakan oleh Dracula untuk menakutkan Mavis. Adakah Mavis akan membatalkan hasratnya untuk meninggalkan Hotel Transylvania? Adakah teknik ngeri Dracula dan rakan-rakan akan berjaya?

hotel Transylvania

Jom kita tengok sikit trailer Hotel Transylvania 2 nie.

Teruja? Ha jangan risau. Dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, BeautifulNara akan menghadiahkan 40 pasang tiket untuk tayangan perdana filem Hotel Transylvania 2. Korang boleh jadi antara yang terawal menonton filem ini sebelum ia ditayangkan di pawagam. Berikut adalah informasi:-

TARIKH: 23 September 2015 (Rabu)
MASA: 9 malam
TEMPAT: TGV 1 Utama

Advertisement

hotel Transylvania

Cara nak dapatkan tiket ini teramatlah senang. Hanya perlu isi borang di bawah. Lengkapkan juga slogan ‘Saya pernah buat seseorang takut apabila saya…” dengan sekreatif yang mungkin. Yang kelakar dan yang boleh menggeletek pankreas ini akan Abang Nara pilih sebagai pemenang. Apa pun, terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas peluang ini. Selamat mencuba!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama