May 13th, 2013

Ketika memandu di waktu petang, Abang Nara memang akan  dengar radio Suria FM. Salah satu sebabnya sebab ada Linda Onn. Linda Onn memang kelakar dan mesra pendengar. Memang terhibur mendengar celoteh daripadanya.

seratus ribu suria

Selain mendengar celoteh Linda Onn, Abang Nara juga sebenarnya menunggu peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM100,000 yang sedang ditawarkan oleh Suria FM di dalam peraduan “Seratus Ribu Suria”. Baru-baru ini ada seorang daripada 2.5 juta pendengar Suria FM dah menang RM12,000 dan juga RM12,500, serta RM13,000 telah pun dimengangi Rabu lalu! . Fuh ~~~ Memang jeles dibuatnya.

seratus ribu suria

Cara untuk memenangi sebahagian daripada RM100,000 ini adalah cukup mudah. Hanya perlu teka lima ketawa selebriti yang dimainkan oleh Suria FM mengikut turutan. Jangan risau kerana klu akan diberikan untuk memudahkan para pendengar. Syaratnya, anda hanya perlu menjadi pemanggil pertama apabila mendengar isyarat memanggil ke udara untuk mengambil bahagian. Sekiranya anda mendaftar sebagai VIP Suria FM, anda berpeluang untuk memenangi lebih banyak wang tunai jika jawapan anda betul mengikut turutan. Mudah kan?

seratus ribu suriaSesuai dengan tagline “Menceriakan Duniamu”, Abang Nara pasti para pemenang pertandingan Seratus Ribu Suria ini akan bertambah ceria apabila berjaya meneka ketawa 5 selebriti tersebut. Abang Nara selalu melawat laman web Suria FM untuk membaca kembali klu-klu yang telah diberikan. Tak adalah buat tekaan secara serkap jarang je. At least ada info yang boleh digunakan.

seratus ribu suria

Peraduan Seratus Ribu Suria ini akan tamat pada 24 Mei ini. Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk peluang anda mendapatkan wang tunai. Pastikan anda melayari laman web Suria FM, LIKE Facebook Suria FM, follow Twitter Suria FM dan Instagram Suria FM untuk info lanjut mengenai peraduan yang sangat awesome ini.


Comments are closed.

Loading...