January 7th, 2016

Lama sudah rasanya Abang Nara tidak menganjurkan “Movie Day Out” bersama anda semua. Sempena tahun baru ini, dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, Abang Nara ingin mengajak anda semua menonton sebuah filem aksi, The 5th Wave. Excited tak?

the 5th wave

Abang Nara memang suka filem-filem aksi lebih-lebih lagi kalau yang melibatkan makhluk asing (alien). The 5th Wave mengisahkan bumi yang hampir hancur musnah setelah diserang 4 kali oleh makhluk asing. Cassie yang dilakonkan oleh Chloë Grace Moretz berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan dirinya dan juga adik kesayangannya. Untuk menghadapi serangan kali kelima para makhluk asing ini, Cassy telah pun bekerjasama dengan seorang jejaka muda, Ben Parish yang dilakonkan oleh Nick Robinson.

the 5th wave

Mampukah Cassie menyelamatkan dirinya, adiknya dan manusia sejagat dengan kerjasama ini?Adakah makhluk-makhluk asing ini akan menamatkan riwayat hidup manusia di muka bumi menerusi serangan kelima ini? Kalau nak tahu, kenalah tengok filem The 5th Wave yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Januari 2016 ini. Namun khas untuk pembaca BeautifulNara, anda akan dapat melihat filem ini lebih awal pada tarikh dan waktu di bawah:-

TARIKH: 13 Januari 2016 (Rabu)
MASA: 8.30 malam
TEMPAT: GSC 1 Utama

the 5th wave

Abang Nara ada 50 pasang tiket untuk diberikan kepada anda semua. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Kalau saya kena lawan makhluk asing saya akan….”. Silalah lengkapkan slogan tersebut sekreatif dan sekelakar yang boleh. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Selasa 12 Januari 2016.


Selain tiket, Abang Nara turut mempunyai beberapa cenderahati ekslusif seperti 5 baju limited edition dan juga 5 bagpack The 5th Wave. Siapa slogan yang paling kreatif akan menang hadiah-hadiah awesome ini.


Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Sekali lagi terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tiket-tiket ini. Good luck!!!


Comments are closed.

Loading...