Nak Tengok Cerita Hantu? Jom Menangi 25 Pasang Tiket Wayang Percuma Filem Death Whisper Pada 19 Ogos Ini

Hiburan

Nak Tengok Cerita Hantu? Jom Menangi 25 Pasang Tiket Wayang Percuma Filem Death Whisper Pada 19 Ogos Ini


Istimewa untuk peminat filem seram, kami ada berita baik untuk anda. Filem seram berjudul Death Whisper dari Indonesia akan ditayangkan pada 22 Ogos 2019 ini. Filem ini merupakan adaptasi dari filem seram terkenal dari Korea Selatan iaitu Whispering Corridors.

Berita baik pula untuk pembaca kami, TGV Cinemas akan menghadiahkan 25 pasang tiket percuma kepada anda untuk tontonan awal pada 19 Ogos ini!

Advertisement

Filem Death Whisper mengisahkan mengenai Alex yang diterima masuk di sebuah sekolah terkenal bernama ‘Abdi Bangsa’. Namun ianya hanya indah khabar dari rupa kerana sekolah tersebut mengamalkan budaya ‘senior-junior‘ yang melibatkan buli secara fizikal dan mental.

filem death whisper
filem death whisper
Pelbagai insiden yang menyeramkan berlaku apabila Alex dipaksa untuk melakukan ritual memanggil roh di sekolah mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Sama-sama kita saksikan pada 19 Ogos ini. Berikut adalah maklumat lanjut:

Tarikh: 19 0gos 2019 (Isnin)
Masa: 9.00 malam
Tempat: TGV One Utama

filem death whisper

Untuk anda menjadi yang terawal menonton, anda perlu mengisi borang di bawah dan lengkapkan slogan “Saya suka menonton filem hantu kerana…”. Slogan yang menarik dan kreatif akan memenangi tiket wayang percuma untuk tonton filem Death Whisper.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Ogos 2019 (Jumaat). Terima kasih kami ucapkan kepada TGV Cinemas untuk peluang ini. Selamat mencuba dan jumpa anda di sana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...