Baru-baru ini, Adriana Adnan dikecam netizen kerana didakwa telah sujud syukur dek kerana terlalu teruja dapat bertemu dengan selebriti Korea bernama Park Seo Joon.
Sebab dirinya berasa terlalu teruja kerana dia difahamkan adalah salah seorang peminat yang bertuah untuk berjumpa dengan aktor tersebut setelah memenangi dalam satu peraduan.
Susulan didakwa sujud syukur ketika mengetahui berita gembira itu, Adriana menerima kecaman teruk daripada netizen dan kata mereka, aktor lelaki tersebut hanyalah selebriti dan bukannya ulama untuk dia melakukan perbuatan itu.
View this post on Instagram
Susulan teruk dikecam, selebriti tersebut tidak berdiam diri dan menjelaskan bahawa dia tidak melakukan tindakan sujud syukur, namun ia adalah aksi spontan yang dilakukan kerana terlalu gembira.
Kalau kita buat sujud syukur, mesti dilakukan dengan doa. Tapi saya hanya membongkokkan badan.
Dalam pada itu, dia berkata dirinya sangat gembira kerana peluang untuk menang memang sangat tipis serta maklumat mengenai event tersebut belum diketahui lagi dan akan dimaklumkan pada 18 Februari secara terperinci.