January 5th, 2015

Melancong. Tipulah kalau ada orang yang cakap dirinya tak suka melancong. Banyak keseronokan pergi melancong terutamanya ke luar negara. Dapat belajar budaya negara tue, dapat melawat tempat-tempat menarik, dapat cuba makanan baru dan macam-macam lagilah. Kota Paris adalah salah satu tempat yang Abang Nara teringin sangat nak lawat. Lagi best kalau dapat pergi berdua dengan wife. Kan orang kata kota Paris adalah kota cinta. Teringin juga nak beromantik dan bergambar di bawah Eiffel Tower dengan isteri tercinta.

rhb travel around the world

romantiknya kalau dapat jalan pegang tangan sambil melihat Eiffel Tower

Selain daripada kekangan masa dan anak-anak yang masih kecil, salah satu sebab cita-cita nak ke kota Paris tak kesampaian ialah sudah tentu kewangan. Pergh bukan murah beb nak gi jalan sampai ke Perancis nie. Abang Nara dah buat kira-kira dah. Paling koman pun kena ada RM30,000. Tiket kapal terbang nak kena beli, hotel tak ada yang murah, makanan pun agak mahal. Itu belum kira shopping lagi. Takkanlah nak ke Paris semata-mata nak tangkap gambar bawah Eiffel Tower je kan? Kenalah bawak balik souvenir sikit. Tak gitu?

rhb

2 orang budak comel nie kenalah bawak jugak, tak sanggup nak tinggalkan

Nasib baiklah Abang Nara dah jumpa cara untuk pergi ke Paris secara PERCUMA. Yes, betul. PERCUMA atau dalam bahasa omputehnya FREE (bahasa Perancis tak tahulah plak). Dengan hanya menyertai peraduan Travel Around The World With RHB Now, Abang Nara berpeluang memenangi percutian bernilai RM50,000 untuk 2 orang ke Itali, New York, Dubai, Germany atau Paris. Abang Nara nampak Paris je. Negara lain dah tak peduli dah. Memang awesome sangat grand prize peraduan daripada RHB ini.

rhb

Lebih awesome ialah cara untuk menyertai peraduan ini teramatlah mudah. Kalau korang tak ada akaun RHB Now, sila pergi buat sekarang juga di cawangan berdekatan. Buat akaun je pun dah boleh dapat 20 entri penyertaan contest nie. Lepas dah daftar, boleh gunakan Internet & Mobile Banking RHB Now untuk buat transaksi minimum RM30 untuk mendapatkan entri. Boleh topup kredit telefon, boleh buat transfer duit ke bank lain, boleh bayar bil dan macam-macam lagilah. Sila kaji gambar di bawah untuk memaksimumkan entri yang boleh korang perolehi.

rhb
Tapi sebelum buat apa-apa transaksi, pastikan korang mendaftar dulu untuk melayakkan diri menyertai peraduan Travel Around The World with RHB Now ini. Senang je cara mendaftar. Cara pertama korang boleh daftar melalui borang yang disediakan di laman web RHB ini. Cara kedua lagilah senang. Cuma perlu hantar SMS seperti contoh di bawah. Untuk makluman, Abang Nara dah daftar dan dah buat pun beberapa transaksi. Lepas ini nak buat lagi sebelum tarikh tutup iaitu 22 Februari 2015 sebab makin banyak transaksi, makin tinggi peluang nak menang.

rhb

Kalau tak menang grand prize yang berupa pelancongan bernilai RM50,000, Abang Nara harap-harap dapat menang iPhone 6 yang ditawarkan setiap bulan untuk 5 orang pemenang. Kalau itu pun taka da rezeki, dapat hadiah mingguan yang berupa kad Petronas bernilai RM100 pun jadilah. At least dapat buat isi minyak.
rhb

Adakah korang nak membiarkan Abang Nara menang tanpa cabaran sengit daripada anda? Silalah daftar sekarang untuk peraduan Travel Around Around with RHB Now ini sebelum korang menyesal melihat Abang Nara post gambar romantic bersama wife tercinta di sebalik Eiffel Tower. Maklumat lanjut layari www.rhb.com.my.


Comments are closed.

Loading...