Peluang Makan Malam Bersama Rizalman Ibrahim

Hiburan

Peluang Makan Malam Bersama Rizalman Ibrahim

Fuh ~~ Hangat sungguh sambutan yang telah diberikan terhadap koleksi Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection baru-baru ini. Tak menang tangan Rizalman menerima tempahan yang masuk tidak berhenti-henti. Sebagai tanda terima kasih, ada hadiah istimewa daripada Rizalman untuk anda semua.

rizalman zalora

Advertisement

Sila pastikan anda tidak menjerit kegembiraan membaca berita gembira ini. Khas buat 10 pembeli bertuah yang mendapatkan terhadap koleksi Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection, anda akan dijemput untuk menghadiri majlis makan malam bersama Rizalman di rumahnya. Bukan sahaja makan malam, anda juga akan dapat melihat studio Rizalman, berborak santai dan bergambar bersama designer terkenal ini. Hebat kan?
rizalman zaloraSekiranya baju yang anda beli daripada Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection memiliki tag di atas, maka anda adalah seorang daripada 10 pembeli bertuah tersebut. Kalau anda sudah membuat pembelian sebelum ini, berdoalah agar ada tag ini terselit di dalam bungkusan anda kelak. Jika anda masih belum membeli, pastikan anda melihat 8 rekaan terbaru Rizalman yang telah pun dikongsikan di laman web Zalora.
rizalman zaloraKhas untuk pembaca BeautifulNara, dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan meletakkan voucher diskaun “DINNERRIZ” ketika anda membeli pembelian. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berjumpa sendiri dengan Rizalman Ibrahim sekiranya anda membuat pembelian Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection. Tunggu apa lagi? Belilah sekarang jugak!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...