Peluang Kerja Lebih Terjamin, Jika Fasih Berbahasa Inggeris. Setuju Tak?

Trending

Peluang Kerja Lebih Terjamin, Jika Fasih Berbahasa Inggeris. Setuju Tak?

englishPenguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah penting, bukan sahaja untuk cemerlang dalam akademik bahkan menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata penguasaan bahasa Inggeris yang bagus juga akan memudahkan komunikasi antara rakyat di negara ini dengan negara luar, selain mampu menjamin hubungan mantap dalam bidang perniagaan.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran ‘In School Capacity Building’ anjuran Hap Seng Tawau di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat di sini hari ini.

Usaha penganjuran program berkenaan yang bermanfaat turut diberi pujian dalam meningkatkan keyakinan para pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris.

Seramai 400 pelajar termasuk guru menyertai program berkenaan dengan pelbagai aktiviti termasuk kemahiran membaca, bercakap dan kemahiran mendengar dalam bahasa Inggeris.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...