Peluang Keemasan Untuk Menerokai Western Australia Secara Percuma

Hiburan

Peluang Keemasan Untuk Menerokai Western Australia Secara Percuma

Baca ini dulu dan skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

Bila sebut Australia, perkara pertama yang pastinya terbayang di kepala kita pastinya:-

Advertisement

kangaroo di australia

Kangaroo yang tersangat comel. Memang Australia dan kangaroo dan tersangatlah sinonim. Tak dapat dipisahkan lagi. Macam BeautifulNara dan gosiplah. Tapi tahukan anda sebenarnya yang Australia bukan hanya ada kangaroo sebagai daya penarik.

map western australia

Western Australia atau kalau dalam bahasa Melayunya Australia Barat pun ada banyak tempat-tempat yang menarik dan kebabom untuk dilawati. Ok kami tau ramai pembaca BeautifulNara yang tak ada masa dan kesempitan duit untuk pergi travel-travel nie. Tapi kalau semua perbelanjaan ditanggung, adakah anda berani untuk menjelajah dunia Western Australia?

taxi ride in western australia

Tourism Western Australia melalui website www.bethepassenger.com kini memberikan anda semua peluang PERCUMA untuk merentasi dunia Western Australia dengan cara yang unik sekali. Nampak tak gambar teksi kat gambar atas tue? Cara yang dimaksudkan tak lain tak bukan dengan menjadi penumpang (passenger) teksi di atas untuk mengembara ke seluruh Western Australia. Memang tak pernah dibuat orang kan?

kanjini national park

Kami tau anda dah teruja untuk join contest nie lagi-lagi lepas tengok gambar Kanjini National Park kat atas tue. Tapi ada beberapa perkara yang perlu anda check terlebih dahulu sebelum start mengapply di www.bethepassenger.com. Anda perlu check sama ada anda:-

  1. Seorang kelakar dan ada karakter yg menarik?
  2. Suka melancong, road trips, adventure, dan paling penting – tak malu-malu kambing bila berdepan dgn camera
  3. Sambil travel di Western Australia, karakter anda boleh berubah mengikut keadaan. Time ada cabaran – jadi brutal, time relaks- boleh menikmatinya.
  4. You write and speak English very well. Kalau tak paham ayat ni, errr mungkin susah skit aa. Keep in touching and taking care. Are you enjoys? (kalau leh faham nie maknanya anda dah lepas kriteria untuk apply)
  5. Bos benarkan anda cuti dari 9 April – Jun, kena cuti 4-8 hari je dalam tempoh ni.
  6. Boleh jugak hadir audition pada 11 Mac 2010 nie dan jika dipilih, boleh hadir MATTA fair pada 12 Mac 2010
  7. Ada passport nak gi Australia , boleh berlari 100m dalam masa 30 saat ke bawah & tidak mempunyai penyakit terutamanya penyakit jantung.
  8. Anda sanggup menjadi celebrity macam Bang Nara. Semua aksi anda semasa jadi passenger ni akan dirakam, anda akan diinterview oleh media. Anda harus bersedia jiwa raga untuk jadi famous.
  9. Anda sanggup memberi seluruh hak kepada penganjur utk menggunakan gambar, rakaman, video, blog masa travel.

Tree Top Walk

Ok Bang Nara saya dah check kesembilan-kesembilan kriteria tue dan saya rasa saya lepas kesemuanya. Cuba ajar sikit macam mana nak join benda nie. Dah tak sabar dah nie

how to apply

Kacang je nak try join benda nie. Benda 1st pastinya korang kena masuk website www.bethepassenger.com. Pastue carik butang “Register Now” macam kat atas tue. Nanti akan keluarlah borang penyertaan macam kat bawah nie. (cantik kan gambar laut atas tue, menariknyaaaa ~~)

be the passenger

Tulis karangan dalam 200 perkataan – kenapa anda harus dipilih sebagai passenger. Pastikan anda tulis kelebihan anda. Kalau pernah masuk program TV cerita semua tue. Tambah lagi 50 perkataan, nyatakan siapa anda nak bawak sebagai pasangan, dan WHY? Semua nie kena tulis dalam English tau. Korang jangan bantai tulis dalam Bahasa Melayu plak. Kang tak pasal-pasal kena reject on the sport.

abang nara hensem

Dan yang paling penting sekali time pilih gambar untuk diupload tue, pastikan gambar tue adalah gambar anda yang paling hensem, cun, kacak, bergaya dan gila-gila. Macam gambar Bang Nara kat atas tue. Orang kata first impression tue penting. Jadi dengan gambar nie la korang nak capture penganjur tue supaya amik korang.

Upload gambar/video/laman web social anda (FB ke hapa ke) , yg boleh kasik deorang ‘tangkap’ bila tengok. Lagi mantap kalau korang ada video aktiviti gila-gila korang kat Youtube. Letak sekali benda tue. Kalau Bang Nara sudah tentu Bang Nara letak video Project Alpha Bang Nara dulu. Kasik diorang teruja sikit tengok kehenseman Bang Nara dalam TV.

Sebelum Bang Nara tinggalkan korang untuk start buat karangan 200 patah perkataan sambil menatap gambar-gambar cun di Western Australia, untuk anda yang berminat pastikan layari www.bethepassenger.com untuk maklumat lanjut. Kalau tak faham leh tinggalkan soalan kat ruangan komen. Bang Nara akan jawap sepantas mungkin.

monkey

Monkey Mia – leh tengok dolphin kat sini. Dolphin-dolphin nie diorang berenang kat gigi-gigi pantai je. Tak payah korang nak menyelam dasar laut nak menengok dolphin. Memang terbaik!!!

staircase

Staircase To The Moon, Broome – Pergh tak tersangka plak kami tempat macam nie wujud kat dunia nie. Memang ajaib sungguh. Masa air surut kat pantai Broome nie, akan ada satu bentuk illusion yang membuatkan bulan tue dekat je ngan kita. Kagum sebentar dibuatnya.

Ha kat atas nie baru 2 je gambar yang Bang Nara share tentang keunikan dan kecantikan Western Australia. Compem semua orang dah teruja kan? Bang Nara syorkan supaya korang rancang dulu nak tulis apa masa mendaftar kat www.bethepassenger.com tue. Pastikan karangan korang tue yang terpaling mantap dan mampu memikat hati pihak penganjur.

Kalau korang rasa nak tengok lagi kecantikan Western Australia, boleh pergi website www.westernaustralia.com untuk membuatkan diri korang lebih teruja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...