Sejak akhir-akhir ini, kes seseorang individu berlaku curang terhadap pasangan sering kali didengari ramai. Tidak kira sama ada daripada kalangan netizen mahupun selebriti.
Baru-baru ini, individu di Twitter mendedahkan dirinya ternampak satu video di TikTok seorang wanita memutuskan hubungan sebelum kejinjang pelamin kerana bakal suami ‘kantoi’ berlaku curang.
Dicurangi saja sudah cukup sakit, inikan pula wanita yang berlaku curang dengan tunangnya adalah ibu kandung lelaki itu sendiri.
Broooo wtffffff another one ? pic.twitter.com/NX6JhpmeI3
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) February 21, 2023
Lebih membuat netizen berasa jijik kerana wanita itu dapat menangkap si tunang sedang diberi susu badan oleh ibu sendiri sewaktu hari yang sepatutnya mereka disatukan.
Individu lain yang membalas ciapan itu berkata seandainya si ibu masih mempunyai susu badan, maka lelaki tersebut memang selalu berbuat demikian sebelum ini.
Sehingga artikel ini ditulis, tweet pendedah tersebut telah meraih lebih 3000 tanda suka daripada pengguna Twitter dan rata-rata berasa terkejut serta gerun melihat banyak kes-kes pelik berlaku sejak kebelakangan ini.