Pelik Tapi Benar, Sedar Dari Koma Boleh Cakap Melayu

Trending

Pelik Tapi Benar, Sedar Dari Koma Boleh Cakap Melayu

Selalu kita dengar pelbagai kisah yang pelik dari luar negara ataupun di Malaysia mengenai orang yang tersedar dari koma dan boleh bertutur dalam bahasa yang mereka tidak kuasai. Memang pelik kan? Ya pelik tetapi dah banyak dah kes begini berlaku tau.

Advertisement

Tetapi itulah yang selalu terjadi. Baru-baru ini, di Scotland, seorang lelaki yang tersedar dari koma  pada tahun 1983-an tersedar dari kemalangan tiba-tiba fasih berbahasa Melayu.

Pelik tapi benar kisah ini! Fraser Watt, 60, dari Scotland terlibat dengan kemalangan ketika dia berusia 24 tahun. Dimana keretanya dirempuh oleh sebuah traktor yang keluar di hadapannya secara tiba-tiba dan menyebabkan kepalanya terhantuk pada cermin hadapan kereta sehingga pecah.

Watt, dahulunya pernah dibesarkan di Borneo fasih dalam bahasa Melayu dan juga berbahasa Cina pada umurnya 5 tahun.

Walaupun saya fasih berbahasa Melayu sewaktu kecil dahulu, tetapi saya sudah tidak berbahasa Melayu selama 19 tahun sebelum kemalangan itu.

Menurut Watt, ibunya banyak membantunya berkomunikasi dengan doktor. Dia menterjemahkan bahasa Melayu sehinggalah Watt boleh bertutur semula dalam bahasa Inggeris.

Pengalamannya itu dikongsikan pada majlis pembukaan pusat khas untuk mereka yang mengalami kecederaan otak, Edinburgh Headway di Ibu kota Scotland.

Apa pendapat anda semua, jika anda koma agak-agak bahasa apa yang anda nak fasih tanpa belajar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...