Pelik Tapi Benar, Misteri Gambar Kemalangan Diambil Sejam Lebih Awal

Kehidupan

Pelik Tapi Benar, Misteri Gambar Kemalangan Diambil Sejam Lebih Awal

Kadangkala ada antara kita pernah mengalami kejadian misteri dalam kehidupan mereka. Tetapi, kisah yang dialami oleh wanita ini memang pelik.

Baru-baru ini seorang wanita telah mengalami kemalangan dan mendakwa ‘dirinya’ terakam gambarnya sendiri satu jam lebih awal sebelum beliau mengalami kemalangan sebenar.

Advertisement

Menurut Sinar Harian, mangsa berasa terkejut apabila melihat dirinya pada gambar tersebut.

Faizah Mohd Noh mendedahkan kemalangan itu berlaku pada 11 Oktober jam 7.30 pagi ketika dia memandu Perodua Axia bersendirian.
Perodua Axia kemalangan

Pada awalnya saya memang terkejut dan naik seram dibuatnya selepas mendapat tahu mengenai perkara itu.

Saya memang ada rakam gambar selepas kemalangan itu sebagai bukti sebelum membuat laporan polis tetapi hanya dua gambar.

Pada hari itu, wanita ini dalam perjalanan ke tempat kerja. Beliau keluar dari rumah menuju ke tempat kerja pada jam 7.00 pagi.

Gambar diambil sejam awal

“Saya cuba ingat, kalau ada bagi sesiapa untuk ambil gambar tu. Tapi, saya puas cuba ingat kalau ada bagi sesiapa phone tu untuk ambik gambar, memang tak ingat langsung. Kalau betul saya ada bagi telefon kat orang, kenapa jam di telefon tu tak sama?”

Saya tak pernah ubah setting jam di telefon. Malah, sehari selepas kejadian, saya cuba snap foto untuk melihat jika jam ada masalah. Rupanya, tak ada masalah pun. Sama juga sehari sebelum kejadian. Memang masanya (jam) tepat saja.

Katanya, beliau ada mengambil gambar kereta yang mengalami kemalangan. Tapi, bila saya perhatikan balik di dalam galeri, ada beberapa keping gambar yang bukan diambil olehnya.

Ketika saya belek gambar tersebut, saya lihat ada pulak gambar saya sendiri dalam tu. Saya pelik, macam mana boleh ada saya dalam gambar? Maksudnya memang ada orang yang ambil gambar saya. Tapi siapa?

Kejadian ini memang misteri. Waktu itu, saya sendiri hubungi 999, hubungi kawan-kawan, telefon memang ada di tangan saya.

gambar semasa kemalangan

Menurutnya lagi, gambar tersebut memang terletak di dalam galeri kamera. Bukannya dari WhatsApp image.

Jika dilihat secara teliti, waktu pada foto tersebut menunjukkan jam 6.26 pagi,sedangkan kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.30 pagi.

 

Admin lihat kisah wanita ini dah macam cerita Final Destination.

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...