Jurugambar Ini Kongsi Pengalaman Merakamkan Gambar Upacara Pengebumian

Kehidupan

Jurugambar Ini Kongsi Pengalaman Merakamkan Gambar Upacara Pengebumian

Selalunya tugas seorang jurugambar adalah untuk merakamkan gambar sesebuah upacara yang dihadiri oleh orang ramai untuk disimpan sebagai memori dan kenangan yang akan diingati sampai bila-bila.

Tetapi berbeza dengan seorang jurugambar Zaed Hosni yang telah menerima panggilan untuk merakamkan upacara pengebumian buat pertama kali dalam sejarah karier beliau.

Advertisement

Ditugaskan rakam upacara pengebumian

Menurut Zaed pada mulanya menerima panggilan dari salah seorang bekas pelanggannya untuk mengambil gambar upacara pengebumian di rumahnya pada keesokan harinya.

upacara tahlil

Saya ingat tahlil arwah kot, tapi sebenarnya bukan. Rupanya mereka nak saya rakamkan suasana semasa jenazah itu berada di kediaman itu sebelum dibawa ke perkuburan.

di rumah sebelum upacara

Zaed berasa terkejut selepas ditugaskan untuk mengambil gambar mereka pada upacara pengebumian berlangsung.

upacara di rumah

Pelik juga, nak ambil gambar kematian apa?
Jantung itu berdebar malam itu, untuk berkerja hari esok.

Keluarga mahu dirakamkan sepanjang upacara pengebumian

Sesampainya ke rumah pelanggan, Zaed terus bertemu dengan pelanggannya terlebih dahulu untuk bertanya perihal kerjanya sebelum merakamkan gambar.

U ambil je gambar. Sebab family kita orang memang minta untuk dirakamkan.

Cuaklah jugak sebab pakai kamera D700, shutter dia macam bunyi lori.

Teknik ambil gambar juga berbeza

Tugasan beliau pada hari itu tidak sama seperti upacara biasa yang memerlukan beliau untuk menentukan angle dengan mudah agar gambar kelihatan cantik.

di tanah perkuburan

“Angle dia pula sangat terhad, sebab orang rasa sedih, tak kan kita nak suruh eh tepi sikit nak ambil gambar.

Angle hari tu kena pandai-pandailah, jadi orang tengah bersedih, kita tak boleh suruh mereka ke tepi.

tanah perkuburan

Ketika di tanah perkuburan

Tiba sahaja di tanah perkuburan, beliau telah dilihat sangat pelik oleh semua orang yang menghadiri upacara pengebumian pada hari itu kerana bertugas mengambil gambar sepanjang pengebumian tersebut.

baca talkin

Habis semua orang pandang kat saya dekat kubur tu. Imam pun sempat jeling sebab ‘shutter’ kamera bunyi kuat sangat masa mereka baca ‘talkin’.

ambil gambar jarak jauh

Semasa upacara tersebut beliau mengambil gambar pada jarak jauh untuk merakamkan suasana pada upacara tersebut.

Biasalah dekat tanah perkuburan susana dia sunyi sikit. Bunyi shutter tu memang lagi dengar. 5 ke 6 orang juga akan berpaling muka pada saya masa tengah ambil gambar.

 

Kesedihan keluarga arwah dirasai

Semasa mengambil gambar pada hari itu, kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga turut dirasai.

kesedihan ahli keluarga

Kita dapat rasa kesedihan ahli keluarga rasakan kerana kita juga insan yang terdekat selain keluarga.

Sedihlah, memang rasalah, kita rasa bila dia menangis tu. Tak kanlah kita nak menangis depan orang kan?

sedih

Rakaman detik-detik terakhir tak mengaibkan

Ditugaskan mengambil gambar di upacara pengebumian adalah salah satu pengalaman baru buat dirinya sebagai seorang jurugambar.

gambar tak mengaibkan

Tugas yang dilakukan pada hari itu memberi satu keinsafan buat dirinya, kerana setiap orang akan mati satu hari nanti.

Kita hanya merakamkan suasana upacara pengebumian hari itu. Rakaman detik-detik terakhir sebelum dikebumi bukan untuk mengaibkan jenazah tetapi kenangan terakhir ahli keluarga bersama arwah bapa.

Jadi rakaman terakhir bersama arwah ini tidak akan ditemui lagi selepas ini, memang tak akan.

Rakaman ini dapat disimpan oleh ahli keluarga arwah. Anak itu tidak akan bertemu lagi dengan si ayah yang sudah tiada di dunia ini lagi.

memoriterakhir si anak dengan ayah

“Inilah ciuman terakhir si anak dan usapan terakhirnya buat si ayah yang sudah meninggal dunia.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah, perkongsian jurugambar ini adalah satu tugasan yang bukan mudah untuk dilaksanakan, kerana banyak cabaran dari segi emosi dan lokasi yang perlu disesuaikan olehnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...