“Pelik-Pelik Cara Orang Kaya Makan..” – ‘Founder’ Tudung Kongsi Pengalaman ‘Fine Dining’ RM12K, Siap Jilat Pinggan

Kehidupan

“Pelik-Pelik Cara Orang Kaya Makan..” – ‘Founder’ Tudung Kongsi Pengalaman ‘Fine Dining’ RM12K, Siap Jilat Pinggan

Pengasas tudung jenama ‘Bawal Exclusive’, Haliza Maysuri ada berkongsi pengalaman menikmati makanan ‘fine dining’ di sebuah restoran mewah terkenal di Thailand.

Dalam hantaran tersebut, Haliza dan suami dilihat dibawa ke sebuah bilik istimewa dan difahamkan juga, pelanggan yang hadir untuk menikmati pengalaman itu perlu membelanjakan RM12,782.97.

Advertisement

Bilik ini boleh muat seramai enam orang dan kalau nak buat tempahan, minimum perbelanjaan ialah sebanyak 100,000 baht (RM12,740.60).

Harga itu untuk enam orang dan sambil-sambil makan, kita boleh tengok cef menyediakan makanan secara ‘live’ dalam bilik ini.

Usahawan itu kemudian menunjukkan hidangan-hidangan yang disediakan restoran mewah itu namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah satu hidangan itu perlu dinikmati dengan cara menjilat pinggan.

Makan malam di restoran mewah ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan.Dengan 21 menu dari seluruh dunia seperti India, Jepun, Eropah dan banyak lagi, setiap hidangan yang disajikan adalah seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan!

Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri.Selama tiga jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia.

Perkongsian Haliza itu kemudian mencetuskan pelbagai kritikan dan respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya teruja dengan perkongsian tersebut.

Namun ada juga meluahkan rasa pelik melihatkan hidangan mewah yang perlu dijilat terus dari pinggan selain kuantitinya yang sedikit di sebalik harganya yang mahal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dewi reveal cik epal jofliam
3 months ago

"Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi Bakal Dedah 'Sesuatu' Berserta Bukti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...