Personaliti media sosial, Andika Putera, menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video rutin paginya di platform Threads yang memaparkan dirinya mengerjakan solat tahajud dan bersiap untuk memulakan hari.
Namun, apa yang mencetuskan perdebatan adalah penampilannya dalam video tersebut. Andika dilihat memakai pakaian yang memperlihatkan bentuk tubuh dan kaki dengan jelas, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Dalam video itu, Andika berkongsi momen sedang melipat sejadah, berdoa, dan berdiri di hadapan cermin namun tumpuan netizen lebih terarah kepada pakaian yang disifatkan terlalu ketat dan tidak sopan untuk tontonan umum.
Meskipun ramai menghargai usahanya mengekalkan rutin rohani seperti solat tahajud, namun sebilangan besar netizen menegur cara pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai, lebih-lebih lagi apabila kandungan itu dikongsi secara terbuka di media sosial.
Tahajud semua elok dah, kenapa nak pakai seluar ketat sangat?
Nak buat content motivasi boleh, tapi biar berpada-pada…
Netizen juga menyarankan agar Andika lebih peka terhadap sensitiviti umum dan menjaga adab ketika berkongsi momen berkaitan ibadah.
Di sebalik teguran, terdapat juga segelintir pengikut yang tampil membela Andika, dengan menyatakan bahawa niat untuk mengajak orang ke arah kebaikan seharusnya diraikan.
Namun begitu, rata-rata bersetuju bahawa sebarang bentuk perkongsian terutama yang menyentuh soal ibadah dan agama harus disampaikan dengan cara yang berhemah serta menjaga batas berpakaian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.