Sebut sahaja mengenai bau bangkai, pasti sudah ramai yang tahu dengan ‘haruman semerbak’ itu. Memang susah nak buang bau tersebut tambah-tambah lagi bangkai yang sudah lama kan.
Baru-baru ini, seorang individu turut berkongsi tragedi di rumahnya yang menunjukkan seekor bangkai musang mati dari atas siling.
“Benda ni dalam bilik air, beberapa hari tu rasa jugak air menitik atas kepala ingat cuma air karat je. Sekali pecahkan atap tu, nah seekor musang gergasi telah tumpas”
Ujar Berung Merah di laman sosial Facebook Tukang Apa Hari Ini, dia sudah membuang bangkai musang tersebut. Namun yang menjadi persoalannya adalah baunya yang sudah tersebar hingga ke asbestos dan wayar-wayar diatas.
Dia juga sempat bertanyakan cadangan para netizen cara untuk mengatasi masalah bau itu.
Dibawah merupakan gambar yang sempat diambil sebelum bangkai musang itu dibuang.
Besar Jang..
Perkongsian ini juga mendapat perhatian warganet sehingga lebih 300 share. Rata-ratanya turut memberi cadangan untuk membantu lelaki ini.
Fuh, besar betul kan musang ni.. Apapun, kalau korang ada cadangan, bolehlah komen di ruangan dibawah ya. Sama-sama kita bantu.