Pelekat RFID Anda Rosak? PLUS Tawar Penggantian Secara Percuma

Berita

Pelekat RFID Anda Rosak? PLUS Tawar Penggantian Secara Percuma

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan bahawa pengguna Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan menerima gantian pelekat yang baru secara percuma jika ia didapati sudah rosak dan tidak berfungsi.

Lapor Sinar Harian, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohamad Idid Syed Ahmed Idid memaklumkan bahawa di mana sejumlah petugas tambahan telah diletakkan di setiap plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.

Advertisement

 

Kita ada ‘standby’ dengan peranti ‘hand held’ kalau RFID tak dapat kesan, kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke pusat pemasangan Touch ‘n Go yang terdekat untuk periksa RFID.

Kalau waktu itu TnG masih tak dapat kesan, kita akan beri pelekat RFID yang baharu secara percuma.

Dalam pada itu Syed Mohamad turut menjawab persoalan dan rungutan netizen mengenai harga pelekat RFID yang dikatakan terlalu mahal, beliau memaklumkan bahawa kos bernilai RM35 bagi setiap satu pelekat itu telah ditetapkan oleh pihak TnG.

RFIDSumber : Facebook PLUS Malaysia  

Ujarnya lagi, pengguna lebuh raya tidak perlu berasa bimbang kerana kaedah pembayaran menggunakan kad TnG dan SmartTag masih lagi terdapat di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa beberapa plaza tol di Lembah Klang seperti Sungai Besi sesak teruk ekoran kegagalan RFID berfungsi pada waktu puncak dan aliran trafik yang tinggi dalam pada masa yang sama.

Ismail Sabri RFID
3 years ago

Isu RFID, Ismail Sabri Mahu Pengguna Diberi Kebebasan Memilih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...