Pelawak Wanita Bergelar Janda Kini ‘Bersuamikan’ Pengkid, Dulu Rajin Minta Sumbangan Rakan Artis

Hiburan

Pelawak Wanita Bergelar Janda Kini ‘Bersuamikan’ Pengkid, Dulu Rajin Minta Sumbangan Rakan Artis

Khabarnya seorang pelawak dan pelakon yang dahulunya pernah meminta sumbangan daripada kawan-kawan artis sudah ‘bersuamikan’ seorang pengkid.

Memetik Utusan, pelawak itu yang bergelar ibu tunggal itu sering saja mengelak daripada rakan-rakan selebriti dan kini sudah pun tidak tinggal di Kuala Lumpur kerana mengikut ‘suaminya’ itu.

Advertisement
holdong handsSumber : Google  

Tahulah dah menjanda, tapi tak akanlah kerana kecewa dengan perkahwinan lalu maka pilih jalan songsang begitu?

Jika dahulu pelawak ini merungut kerana tiada ‘job’ dan kurang pendapatan, nampaknya sahabat baik kepada seorang pelakon dan ‘tauke’ acara-acara jualan mega negara ini telah pun pindah ke negeri lain dan sukar untuk dihubungi.

Paling sedih, apa pula contoh yang sedang dipertontonkan kepada anak-anak di depan mata? Inilah yang paling menyedihkan.

Tak segan silu menayang ‘suami’ pengkid di media sosial, pasangan pelawak itu juga memanggil dirinya sebagai ‘wife’ selain sayang di TikTok.

bercinta dengan pengkid

Cik Bunga harap artis wanita ini segeralah mengetuk pintu taubat. Nak berkawan tak salah, tetapi kalau dah melibatkan perasaan dan lagak pula bagai suami isteri, apa nak jadi? – Cik Bunga

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noor Nabila Jebat Jayden cium
10 months ago

"Soal Hukum Tanya Je Suami Neelofa" - Cium Mulut Jebat Dalam Foto Raya, Noor Nabila Ditegur Cara Didik Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...