Pelawak Terkenal Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Hiburan

Pelawak Terkenal Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Susulan viral video seorang pelawak terkenal yang bertindak di luar kawalan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, pihak polis difahamkan telah menahan artis itu untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Bagaimanapun, pelawak berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar , arahan itu dikeluarkan olej pihak mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Seremban.

Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin. Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan.

Pelawak tersebut tiba ke mahkamah pada jam 8.30 pagi bersama tahanan lain dengan menaiki trak polis. Sebelum itu dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan.

Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal  bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan tular di media sosial. Pengawal tersebut yang merupakan seorang warga emas dibelasah teruk sehingga cedera di bahagian muka, pinggang dan lutut.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...