Susulan viral video seorang pelawak terkenal yang bertindak di luar kawalan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, pihak polis difahamkan telah menahan artis itu untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, pelawak berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar , arahan itu dikeluarkan olej pihak mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Seremban.
Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman, namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin. Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan.
Pelawak tersebut tiba ke mahkamah pada jam 8.30 pagi bersama tahanan lain dengan menaiki trak polis. Sebelum itu dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan.