Pelakon dan pelawak Accapan telah meninggal dunia hari ini pada usia 63 tahun.
Harian Metro melaporkan, Accapan atau nama sebenarnya Samynathan A/L Rethinam meninggal dunia di rumah di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.
Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.
Accapan berlakon sejak tahun 80-an dan antara siri yang menaikkan nama Accapan ialah sitkom Santan Berlada.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau kira-kira 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor. – beautifulnara.com
Kak Teh
September 14, 2018 at 10:51 am
Ingat mendiang Acapan punya suara sengau kepit..lahai
Justiceforlaundrycat
September 14, 2018 at 10:09 am
“Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.”
Kenapa aku baca ayat ni sambil tengok gambar ke2…
anonymous
September 14, 2018 at 9:23 am
deepest condolence to his family.. may he rest in peace..
Anonymous
September 14, 2018 at 9:23 am
Aku suka accapan..dh tkde daahh…
TK
September 14, 2018 at 8:46 am
Takziah kepada famili Acappan. Hope Seniman and other relevant authorities will visit the family and look into their welfare
Thank you Acappan for your jasa mewarnai dunia seni Malaysia R. I.P