Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.
Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu.
Menurut Berita Harian, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini.
Terdahulu, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.