Pelawak Ditahan Di Jeddah Kerana Bawa Bahan Terlarang Didakwa Dari Kumpulan Lagenda

Trending

Pelawak Ditahan Di Jeddah Kerana Bawa Bahan Terlarang Didakwa Dari Kumpulan Lagenda

Kecoh di media sosial apabila terdapat seorang pelawak terkenal ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, dua bulan lalu, kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

pesawat di airport jeddah

Advertisement

Berita ini sekaligus menjawab persoalan peminat mengenai kehilangannya dalam beberapa persembahan bersama kumpulan lawak lagenda yang dianggotainya.

Sebelum ini, kumpulan berstatus lagenda itu tampil tanpa pelawak itu ketika membuat persembahan hingga mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat.

Kumpulan tersebut baru bergabung semula dan aktif mengadakan persembahan di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Namun, kehadiran mereka dilihat sebagai ‘tak cukup korum’ apabila kekurangan seorang ahli sejak pertengahan November, termasuk ketika persembahan di Sabah.

Pada awalnya, ketiadaan pelawak ini tidak mencetuskan prasangka buruk kerana ramai beranggapan dia sibuk dengan urusan lain.

Walau bagaimanapun, berita penahanannya kini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan industri hiburan.

Menurut Harian Metro, cubaan untuk mendapatkan komen daripada anggota kumpulan lawak tersebut oleh pihak media juga tidak berhasil, kerana panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

pelawak ditahan di airport jeddah bawa ganja
3 days ago

Pelawak Terkenal Ditahan Di Jeddah Ketika Dalam Perjalanan Tunai Umrah, Disyaki Bawa Bahan Terlarang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...