Pelawak Di Malaysia Ada Puak Tersendiri?

Hiburan

Pelawak Di Malaysia Ada Puak Tersendiri?

Pelawak di Malaysia kini boleh dikatakan sudah berada dalam liga mereka yang tersendiri. Mereka tidak lagi diketepikan dan menjadi bintang utama dalam sesebuah produksi. Namun, ada cerita kurang enak kami dengar dimana pelawak di Malaysia kini ada puak-puaknya.

Advertisement

Menerusi ruangan Miss J di portal Utusan Online,  Johan Raja Lawak kini diangkat sebagai pelawak yang  “bersih” kerana tidak mempunyai sebarang rekod buruk. Malah, Johan juga dikagumi oleh kebanyakan pelawak baharu.

Mereka lebih menghormati Johan berbanding pelawak popular atau yang terasa dirinya popular. Lagipun, pencapaian kerjaya Johan juga memberangsangkan.

Pelawak-pelawak baharu  telah diberi pilihan sama ada mahu berada didalam kelompok geng Johan ataupun pelawak lain. Tentu sekali mereka akan sertai geng Johan yang dianggap satu kumpulan yang baik.

Ianya agak berisiko jika pelawak yang baharu sahaja ingin menempa nama dalam arena lawak negara bergaul dengan pelawak lain yang mempunyai perangai negatif dan rekod buruk. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dalam hal ini, pelawak baharu harus bijak dalam percaturan mereka.

Isu mengenai pelawak Malaysia yang hidup berpuak-puak adalah satu perkara yang mungkin agak mengejutkan buat semua. Memang benar industri lawak kini sudah lebih diiktiraf tetapi mereka semua harus bersatu hati  untuk mengekalkan apa yang mereka ada sekarang.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...