Pelarian Rohingya Yang Terselamat Menceritakan Pengalaman Menderita Di Laut Untuk Ke Malaysia

Trending

Pelarian Rohingya Yang Terselamat Menceritakan Pengalaman Menderita Di Laut Untuk Ke Malaysia

Pelarian Rohingya, Shahab Uddin menyangka pukat kayu yang ditumpangnya pada Februari lalu akan menjadi tiket keluar dari kem di Bangladesh untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di Malaysia. Sebaliknya, pelayaran tersebut hampir saja membunuhnya.

Lelaki berusia 20 tahun itu antara 400 yang terselamat daripada terus terdampar di lautan. Mereka ini antara yang mengalami pengalaman menakutkan apabila dibiarkan kelaparan dan terbiar selama berminggu-minggu selepas gagal memasuki Malaysia.

Advertisement

Kini kesemua mereka kembali semula ke Bangladesh pada pertengahan April yang lalu.

Beratus pelarian

rohingya

Ratusan lagi pelarian terkandas di sekurang-kurangnya dua kapal pukat tunda yang lain, menurut kumpulan hak asasi kemanusiaan.

Pada ketika ini, pemerintah Asia Tenggara memperketat sempadan untuk mencegah COVID-19 sekaligus mengancam krisis pada 2015 di mana ratusan mati di atas kapal.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meminta pihak berkuasa untuk membiarkan kapal-kapal itu mendarat tetapi sentimen anti-pelarian semakin meningkat di Malaysia. Ditambah pula dengan pemerintah mengatakan sempadan negara ditutup untuk mencegah wabak tersebut.

Di dalam satu wawancara bersama Reuters, tujuh mangsa yang terselamat dari kapal yang diselamatkan menceritakan kembali dua bulan yang mengerikan di atas kapal.

Anggaran jumlah orang yang mati di atas kapal tidak lebih dari 100 orang tetapi tidak ada yang mengetahui jumlah sebenar.

Mereka yang terselamat terdiri daripada ratusan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang duduk berhimpit di atas kapal tersebut. Ada antara mereka yang secara perlahan kemudian mati kerana kelaparan selepas bekalan makanan habis kerana terlalu lama di atas kapal.

Mahu kehidupan lebih baik di Malaysia

rohingya

Selama bertahun-tahun, Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh melarikan diri dengan kapal laut ke Thailand dan Malaysia ketika laut tenang antara Oktober dan April. Ratusan mati pada tahun 2015 setelah tindakan keras di Thailand menyebabkan penyeludup meninggalkan kargo manusia di laut.

Di Bangladesh, Uddin mencari pendapatan dengan membawa motor tuk-tuk tetapi menurutnya pelarian kini semakin terkongkong.

Kerajaan telah mengehadkan akses telefon bimbit dan internet selain memasang pagar kawat berduri di sekitar kem dengan alasan keselamatan. Di mana Uddin mengatakan ia mula terasa seperti penjara.

“Saya fikir pergi ke Malaysia dengan cara apa pun sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan saya. Ramai yang berjaya ke Malaysia dan kini hidup lebih baik.”

Seorang lagi pelarian, Enamul Hasan memberitahu bahawa pak ciknya di Malaysia yang memintanya datang ke sana. Dia juga berhasrat mahu ke Malaysia untuk menghentikan kemiskinan yang dialami oleh keluarganya. Enam daripada tujuh pelarian yang diwawancara memberitahu mahu datang ke Malaysia secara sukarela.

Pengalaman mengerikan

Menceritakan kembali pengalaman mereka, selepas berminggu di kapal mereka akhirnya tiba di Malaysia. Mereka perlu menunggu selama beberapa minggu sebelum krew memberitahu tidak dapat berlabuh dan perlu kembali semula ke Bangladesh.

Sepanjang perjalanan itu juga, mereka menghadapi ribut sebanyak tiga kali di laut.

Mereka yang lain mula terdesak minum air laut untuk meneruskan hidup.

Malah, ada yang terjun ke laut di mana mereka rasa lebih baik mati di lautan daripada mati di atas kapal yang sesak dengan orang lain.

Kapal tersebut kemudian berhenti di Myanmar tetapi masih lagi tidak dibenarkan untuk memasuki negara.

Kesemua mereka akhirnya kembali ke Bangladesh di mana rata-ratanya tidak mampu berdiri kerana sudah tiada tenaga selepas berlapar selama berminggu-minggu. Ada antara mereka yang dibawa ke hospital manakala selebihnya kembali ke kem. Uddin juga memberitahu ibu bapanya hampir tidak mengenalinya kerana terlalu kurus selepas kembali semula ke Bangladesh.

Artikel berkaitan: 32 Warga Rohingya Mati Kelaparan Selepas Dua Bulan Kapal Terapung Di Laut

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...