“Pelantikan Hakim Lebih Telus & Teratur Hasil Usaha Pak Lah..” – Tun Zaki

Berita

“Pelantikan Hakim Lebih Telus & Teratur Hasil Usaha Pak Lah..” – Tun Zaki

Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, akan terus dikenang sebagai tokoh yang telah mengangkat martabat badan kehakiman ke tahap yang lebih dihormati.

Menurut bekas Pengerusi pertama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), Tun Zaki Azmi, penubuhan suruhanjaya tersebut pada tahun 2009 ketika Abdullah masih memegang jawatan Perdana Menteri bertujuan memastikan proses pelantikan hakim dilaksanakan dengan lebih teratur dan telus.

Advertisement

tun zaki

Dengan adanya SPK, nama-nama calon (hakim) ditapis dahulu. Hal ini menunjukkan bahawa apabila merujuk kepada soal kehakiman, Pak Lah mahu tunjukkan kebebasan pelantikan hakim yang bukan berasaskan politik langsung, tetapi atas meritokrasi.

Sebelum ada SPK, orang boleh kata bahawa pelantikan (hakim) itu dibuat oleh PM (Perdana Menteri) dan beliau boleh pilih hanya orang yang menyokongnya, tetapi dengan adanya SPK, maka keputusan PM yang nak lantik hakim itu bertindak atas nasihat SPK.

Pak Lah pemimpin yang dihormati

Memetik laporan Harian Metro, Tun Zaki yang pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara selama tiga tahun bermula 2008 itu turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Tun Abdullah, 85, dan menggambarkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang bertutur dengan penuh kelembutan serta memiliki keperibadian yang sangat ikhlas.

tun zaki pak lahSumber : Harian Metro 

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mesra disapa sebagai “Pak Lah”, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam semalam.

Pak Lah, Bapa Pembangunan Modal Insan

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Beliau merupakan tokoh penting dalam pembangunan modal insan negara, sehingga diiktiraf sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Tun Abdullah ialah seseorang yang amat saya hormati dan sayangi. Cara beliau bercakap seperti seorang bapa dengan anaknya.

Pak Lah istimewa kepada saya kerana beliau lantik saya jadi hakim dan terus Ketua Hakim Negara Malaysia. Itu yang saya amat berterima kasih.

Pada Februari 2009, Tun Abdullah mengumumkan pelantikan Zaki sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), manakala Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum turut dilantik sebagai anggota suruhanjaya tersebut.

SPK berperanan dalam memilih calon yang layak untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan bagi dipertimbangkan oleh Perdana Menteri.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Tun Abdullah, dan menyifatkan penubuhan SPK di bawah kepimpinan beliau sebagai satu langkah besar ke hadapan dalam memperkukuh kebebasan badan kehakiman.

Beliau turut mengenang jasa Allahyarham dalam mengangkat martabat institusi kehakiman ke tahap yang lebih dihormati.

“Tun Abdullah Dikenang Sebagai Tokoh Yang Tenang & Berhemah.." - Abdul Hadi Awang
19 hours ago

"Tun Abdullah Dikenang Sebagai Tokoh Yang Tenang & Berhemah.." - Abdul Hadi Awang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...