Pelangi Bertahan Selama Sembilan Jam Di Taiwan Pecah Rekod Dunia

Trending

Pelangi Bertahan Selama Sembilan Jam Di Taiwan Pecah Rekod Dunia

Pelangi yang biasa dilihat hanya akan kekal tempoh beberapa minit dan paling lama pun 6 jam tetapi satu fenomena di Taiwan telah memecahkan rekod tersebut apabila pelangi yang muncul di sana bertahan selama sembilan jam.

Advertisement

Satu jalur pelangi yang muncul di Taipei, Taiwan pada Selasa lalu, mencatat rekod Guinness apabila didakwa bertahan selama hampir sembilan jam.

Menurut kenyataan daripada Chinese Cultural University, Taipei, mereka akan menghantar bukti kewujudan pelangi itu untuk disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness.

Prof Chou Kun-hsuan, pensyarah Jabatan Sains Atmosfera di universiti berkenaan, rakaman menunjukkan pelangi itu bertahan selama lapan jam 58 minit, iaitu bermula jam 6.57 pagi sehingga 3.15 petang.

Jika disahkan, ia akan memecahkan rekod sebelum ini, di mana jalur pelangi muncul di Yorkshire, England, dan bertahan selama enam jam.

Kewujudan pelangi yang bertahan untuk tempoh yang lama di Taiwan dikatakan berpunca dari monsun bermusim yang memerangkap angin lembap, kekurangan angin kencang dan langit yang mendung, menurut laporan The Guardian.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...