Sebelum ini, viral di media sosial Twitter, satu video memaparkan seorang pelayan kedai minuman yang menjadi tumpuan para pelanggan lelaki untuk bergambar sambil dipeluk pinggang dan bahu.
Difahamkan, pelayan wanita yang dikenali sebagai Darlene itu menjadi tumpuan mereka kerana gemar menayang ‘aset’ dengan berpakaian ketat ketika bekerja di kedai air buah di Setiu, Terengganu.
Susulan itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah melakukan serbuan ke atas kedai air buah terbabit dan mengambil keterangan terhadap pelayan wanita berusia 35 tahun itu. Lapor, Utusan.
Namun, salah seorang rakan sekerja pelayan wanita itu berkata dia kecewa kerana Darlene teraniaya disebabkan oleh ketelanjuran beberapa pelanggan mereka.
Dia mangsa keadaan, orang lain buat hal, kami yang kena..
Malah, pekerja kedai makan itu memberitahu, Darlene juga terpaksa mengambil cuti selepas video tersebut tular dalam media sosial.
Tak pasal-pasal terpaksa bercuti untuk sibuk menguruskan hal ini (memberi keterangan kepada pihak berkuasa).
Menurut laporan Sinar Harian, pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin memaklumkan pelayan wanita itu telah ditahan di dalam premis miliknya ketika operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.