Pelanggan Tidak Puas Hati Harga Mahal, Respon Henna Artist Ini Memang “Win”

Trending

Pelanggan Tidak Puas Hati Harga Mahal, Respon Henna Artist Ini Memang “Win”

Sekarang ni zaman serba maju, nak buat henna pergi je tadahkan tangan. Paling untung kalau nak cepat pergi je mana-mana downtown, mesti ada henna artist buat servis kat situ.

Tak payah nak bersusah payah pergi cari daun inai, tumbuk sendiri lepas tu kena pakaikan sambil tangan kena behave supaya tak tercabut.

Advertisement

Namun biarpun sekarang sudah ramai Henna Artist yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Setiap hasil kerja memerlukan usaha yang keras untuk memberikan hasil lukisan henna yang terbaik kepada setiap pelanggannya.

Tular di media sosial dimana seorang ‘bakal pelanggan’ menempelak seorang henna artist kerana harga servis hennanya dikatakan mahal.

Namun, respon dari henna artist ini ternyata sangat win dan tenang sahaja.

Amboi amboi amboi…!

Boleh tahan juga cara pelanggan ni menjawab ye.

Seolah-olah henna artist ni hidup berbumbungkan bintang, bersuapkan air hujan. Kami tidak memihak pada sesiapun.

Tetapi, berperikemanusiaan la juga pada sesama insan lain. Orang lain mencari rezeki. Bukan mereka belajar satu hari terus pandai.

Sebaiknya kalau anda tidak berminat atau tidak berkenan dengan harga servis mereka, tolaklah secara baik dan sopan. Budi bahasa budaya kita kan?

Di sini kami kongsikan kepada anda beberapa Henna Artist popular di Malaysia.

Sumber : Zila Rahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...