Pelanggan Terkejut Kek Diiklankan Setengah Kilogram, Tetapi Bila Timbang Hanya 313g

Trending

Pelanggan Terkejut Kek Diiklankan Setengah Kilogram, Tetapi Bila Timbang Hanya 313g

Beberapa hari lepas, seorang peniaga kek dalam talian telah memuat naik status mengenai aduan pelanggannya bahawa kek yang ditempah darinya tidak sama berat seperti diiklankan.

Penjual kek tersebut yang bernama Raja Syazwina telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan pelanggan itu di akaun Facebooknya.

Advertisement

 

Namun begitu, pelanggan tersebut yang bernama Emira Ridzuan telah memuat naik satu status menerangkan mengapa dia mengadu kepada penjual mengenai berat kek tersebut.

Okay, aku terpanggil nak “membela” tentang isu ni selepas baca komen dr mereka yang TAK TAHU CERITA dan rata² menyokong penjual. Yang membayar kek tu bos aku. Dan kami share² sesama staf tempah kat dia beberapa biji kek.

Tapi sebab yang timbang tu kerja aku jadi aku macam terpukul untuk cerita OUR SIDE PULA.

Sebab timbang bukan sebab nak berkira. Tapi sebab penjual kata dia 1/2kg jadi kita nak tunjuk ke dia la kek itu bukan 1/2 kg. Tu saja. BUKAN NAK VIRAL² ni! Kau kata 1/2kg jadi jadikan dia sebegitu.

Cuba kalau orang kata kat kau kek coklat tapi bila kau makan rasa oren. Mesti kau macam “errrrkkk apakah?”. Rasa Tipah tertipu.

Kalau berat dia 450g ke. Kita boleh la pejam mata. Ni bawah 400g kot. Pas tu kau nak salahkan pembeli pula!

Siapa yang baca tentang kes viral ni. Kamu semua perlu tahu. KEK² ITU TIDAK DIPULANGKAN KEMBALI PADA penjual. Duit juga KAMI TAK AMBIL.

Sebab niat kami hanya BERITAHU supaya awak ambil maklum. Tapi malangnya minta publisiti murahan begini pula.

Hampir 20 manusia dekat floor ni. Semua terkejut kek ini adalah 1/2kg seperti dinyatakan. Bukan tentang dia RM 20!

Sebab saya baca komen orang kata kami ni leceh. Bayar RM 20 tapi nak gempak². Kalau nak gempak pergi la beli SR ke apa.

Kalau satu hari kena kat batang hidung sendiri. Apa awak beli, tak mencapai jangkaan awak. Saya harap awak jangan bising tau ?

Tapi untuk saya, tak kisah la kau bayar berapa. Tapi dah kalau kau bayar RM 20 untuk 1/2kg jadi kau jangka la dia begitu. Ada komen saya baca “Kenapa dekat SR tak timbang dan sebagainya”.

Sebab kita tahu SR mementingkan kualiti dia. Semua sama! Ada ke kau tengok SR nama Banana Choc tapi atas kek tiba-tiba ada banana seketul. Tak kan? Semua banana dia kat dalam kek kan?

Semua outlet mesti sama berat, warna, bentuk. Simpan sikit bodoh tu ya.

SAYA ada beberapa orang rakan yang buat kek/biskut juga. Dan SAYA selalu baca mereka mengeluh betapa mahal bahan mentah buat² manisan ni dan saya memang faham. Bukan tu saja naik harga. Dulu masuk tandas awam pun 20 sen saja. Sekarang 50 sen. Jadi kita faham sangat.

Isu penimbang pula. Aku nak cakap bahasa kasar kang keluarkan kenyataan tentang isu bertudung pula. Jadi meh nak cakap. Syarikat aku kerja ni. Hari² ada bungkusan keluar. Kami jual buku juga.

Kegunaan penimbang tu untuk timbang berat² bungkusan itu (bungkusan kecil) untuk anggarkan berapa harga Poslaju. Faham?

Seterusnya, kalau kau tak salah kan penjual. Kenapa kau block kami-kami yang cuba membela diri dalam komen kau? Kenapa padam komen orang atau tidak balas mereka yang menyokong cerita belah kami?

Tepuk dada, sis. Hari Jumaat begini :)

Jangan la nak publisiti murahan atau naikkan nama awak dengan cara begini ya. Bak kata awak selepas isu ni awak dapat banyak tempahan. Alhamdulillah. Moga murah rezeki awak, kay?

Kalau nak block saya atau padam post ini.. Silakan ya. Tapi saya harap awak repost la.

Di dalam kes ni. Rasanya bukan awak yang dianiaya tapi kami. Tapi apa pun terserah la. Allah Maha Mengetahui.

Sekian dari saya yang khilaf.

My version 2050hrs.

Pelanggan itu juga mendakwa kek yang mereka tempah bukan kek Cadbury berharga RM 20 seperti yang ditunjukkan dalam gambar oleh penjual tersebut.

Raja Syazwina kini juga telah memadam status mengenai kek itu di akaun Facebooknya.

Emira telah berkongsi gambar kek sebenar yang bila ditimbang, hanya seberat 313 gram walaupun setelah diletak topping beberapa biji buah stroberi penuh oleh penjual.

Cerita ini menjadi viral beberapa hari lepas, malah celebrity baker Azlina Ina turut mengulas mengenai berat kek di Facebook miliknya.


Dalam perniagaan kita sepatutnya bersikap jujur dan produk yang dihasilkan juga sepatutnya bertepatan dengan apa yang diiklankan untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati, tak gitu? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...