Pelanggan Tergamam Lihat Donut Dipotong Kepada Dua Bahagian – “Memang Macam Ini Ke..?”

Kehidupan

Pelanggan Tergamam Lihat Donut Dipotong Kepada Dua Bahagian – “Memang Macam Ini Ke..?”

Sebagai seorang pembeli, sudah pasti kita mahukan produk yang berbaloi setanding dengan harga yang dipasarkan.

Namun, semakin hari semakin ramai pembeli yang mengadu tentang juadah makanan yang kualitinya didakwa tidak setanding dengan harga.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang pelanggan berkongsi keadaan donut yang dibeli olehnya di bazar Ramadan.

Menerusi video yang dikongsikan, ia memaparkan dua ketul donut bersalut coklat yang berharga RM5 itu diletakkan dalam satu bungkusan plastik.

Walau bagaimanapun, pelanggan tersebut terkejut dan tergamam selepas dia menterbalikkan donut itu kerana donut tersebut telah dipotong kepada dua bahagian.

Saya dah lama tak beli donut dekat bazar. Donut memang macam ini ke (dipotong kepada dua bahagian) sekarang?

 

Satu donut, dia (peniaga) kerat jadikan dua donut. Memang macam ini ke donut alaf ini?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan mengatakan peniaga itu tidak akan mendapat rezeki yang diberkati kerana menganiaya pelanggannya.

komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

akak megi malam jual pisang kunafa
3 days ago

Perkenalkan Makanan 'Homemade' Baru, Peniaga Megi Malam Kini Jual Pisang Kunafa RM18 Pula - "Megi Dah Tak Laku Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...