Pelanggan Puas Dengan Servis, KJ & Shahril Cuba Kerjaya Baru Jadi Jurujual GWM!

Automotif

Pelanggan Puas Dengan Servis, KJ & Shahril Cuba Kerjaya Baru Jadi Jurujual GWM!

Bayangkan, korang pergi showroom untuk test drive kereta idaman, sekali jurujual yang berurusan dengan korang adalah KJ dan Shahril. Confirm terkedu!

Macam baru-baru ni, dalam episod pod siar Keluar Sekejap Lagi, ada beberapa pelanggan tercengang melihat KJ dan Shahril bantu mereka jadi jurujual, siap teman test drive lagi tau!

Advertisement

Dengar cerita mereka berjaya jual 4 biji kereta dalam masa sehari, betul ke? Kalau nak tahu kereta jenama apa yang KJ dan Shahril akan jual, jom kami kongsikan. 

Tak Tahu Pilih Yang Mana, Macam Ini Rupanya KJ & Shahril Hasut Pelanggan

Bukan selalu KJ dan Shahril nak cuba sesuatu perkara yang baru betul tak? Kali ini, mereka cabar diri dengan cuba menjadi jurujual untuk kenderaan jenama GWM, sebuah jenama China yang sedang meningkat naik di pasaran Malaysia. 

GWM Malaysia

Lebih menghiburkan, mereka mengambil serius perkara ini sampai berlumba-lumba nak tengok siapa yang dapat jual kereta paling banyak tau!

Bukan itu saja, dalam episod ini juga kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka cuba sedaya upaya untuk menambat hati pelanggan dengan menceritakan kelebihan kereta-kereta GWM. 

Kalau korang nak tengok gelagat KJ dan Shahril menjual kereta GWM, dan siapa yang jual kereta paling banyak, pastikan korang tonton episod baru Keluar Sekejap Lagi. 

Trending Di Malaysia, Jenama GWM Kini Menjadi Pilihan Ramai

Kalau korang nak tahu, GWM adalah jenama automotif yang tengah hot sekarang dengan catatan peningkatan sebanyak 20.3% dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu di Malaysia tau. 

GWM Malaysia

Salah satu model kereta yang menjadi pilihan ramai adalah GWM HAVAL H6 HEV, salah satu pilihan hibrid paling popular dalam kalangan pemandu tempatan.

Apa yang membuatkan model SUV segmen C dengan teknologi hibrid ini mendapat sambutan ramai adalah ia mempunyai prestasi bahan apa yang cekap dengan jarak pemanduan lebih daripada 1,000km dengan satu tangki. 

GWM Malaysia

Bukan itu saja, model ini juga didatangkan dengan teknologi pintar, yang menyokong smart assists dan arahan suara, serta ciri keselamatan lain seperti L2 ADAS. 

GWM Malaysia

Selain HAVAL H6 HEV, satu lagi model GWM yang bakal menjadi tumpuan ramai adalah model GWM TANK 500 HEV. 

Model kereta SUV hibrid mewah yang baru saja dilancarkan pada 8 Mei yang lalu ini mempunyai enjin 2.0 liter turbocharged hibrid empat silinder dengan transmisi automatik 9-kelajuan. Siap ada waranti seumur hidup untuk enjin, sistem hibrid dan transmisi tau!

GWM Malaysia

Menariknya, model ini turut dilengkapi dengan sistem ALL Terrain Pintar yang menawarkan 11 mod pemanduan semua rupa bumi. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang model kereta GWM, layari laman web rasmi GWM atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...