Setiap kali menjelang Ramadan, menu dan masakan pemuda bebakat ini sering kali mendapat sambutan hangat. Bukan itu sahaja, keunikan yang diberi dalam setiap video membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu kemunculannya.
Siapa tidak kenal dengan Khairul Aming yang cukup popular dengan perkongsian resepi masakan yang bersahaja dan sekarang masih meneruskan perkongsian dalam program “30 Hari 30 Resepi Abang Sajikan”.
Bagaimanapun, Khairul yang sebelum ini berjaya mencapai jualan Sambal Nyet lebih RM1 juta di Shopee telah mendedahkan masalah yang berlaku di sebalik kejayaan itu. Ini apabila ada pihak yang tergamak mengaku sebagai penjual Sambal Nyet asli sedangkan ia sebenarnya palsu.
Khairul mendedahkan ada penjual dari Shah Alam telah berjaya menjual lebih 700 botol Sambal Nyet palsu dan mengaku sebagai reseller. Perkara ini dapat dikesan Khairul apabila ramai pelanggan yang mengadu sambal yang diterima mereka berbuih, basi, berair, busuk dan ada juga yang dapat botol pecah.
Pelik dan merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, Khairul mendapati Sambal Nyet palsu itu dijual oleh penjual bernama “Masturaaliyah” dan dilihat dari design botol serta rupa sambal juga amat berbeza dengan original Sambal Nyet.
Hari ni aku nak share satu kes di mana ada someone dari shah alam jual sambal nyet and mengaku as reseller tp sebenarnya dia duplicate sambal and jual yang palsu. Dah lebih 700 botol orang beli dari dia. Thread: pic.twitter.com/4NEhWjqE0G
— Khairulaming (@khairulaming) April 28, 2021
Bagi memastikan Sambal Nyet ini palsu, Khairul telah meminta rakannya untuk membuat pembelian dan mendapati warna sticker yang digunakan cair seperti difotostat. Tulisan tangan asli Khairul juga dilihat berbeza kerana menggunakan tulisan komputer.
Apa yang lebih menjijikkan adalah bahan yang digunakan untuk membuat sambal itu amat merisaukan kerana sambal berbau minyak goreng ikan yang busuk dan cili pula berkeladak. Apa kes ni?
Lebih menyakitkan hati lagi apabila penjual terbabit masih mengaku yang itu adalah Sambal Nyet asli walaupun telah menerima banyak komen negatif dari pembeli. Penjual tu siap boleh marah dan salahkan pembeli sendiri kerana menuduh dia jual Sambal Nyet palsu.
Khairul juga mengakui amat tertekan memikirkan masalah yang berlaku kerana ia pastinya memburukkan jenama Sambal Nyet dan merayu kepada orang ramai supaya tidak membeli dari reseller.
Untuk kes ini, satu laporan polis telah dilakukan dan semoga pihak yang mengambil kesempatan ke atas orang lain ini dapat terima hukuman.