Pelanggan Mengadu Rasa Khayal Selepas Makan Di Sebuah Restoran Di Perak

Trending

Pelanggan Mengadu Rasa Khayal Selepas Makan Di Sebuah Restoran Di Perak

Beberapa hari lalu, sebuah restoran di Teluk Intan, Perak diperiksa oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan selepas seorang anggota polis membuat laporan mengalami simptom lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

kas

Advertisement

Sebungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas turut dirampas dan semua sampel dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, pemilik premis memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya ada menjalankan pemeriksaan bersama Jabatan Kesihatan di premis berkenaan.

Beliau berkata, sampel makanan di restoran berkenaan sudah diambil untuk tindakan lanjut dan ia perlu menunggu keputusan ujian kimia.

Manakala tiga pekerja di premis berkenaan yang berusia antara 30 hingga 70-an  didapati positif dadah.

Mungkin ramai yang tidak kenal atau mengetahui apa itu kas kas yang sering digunakan dalam masakan di restoran-restoran mamak.

kas

Kas kas merupakan biji-bijian yang berasal dari bunga popi atau nama saintifiknya Papaver somniferum. Kas kas dituai dengan mengeringkan pod atau lenggai bunga popi yang sudah masak ranum.

Kas kas tidak mengandungi unsur narkotik kerana cecair opium hanya terbentuk sebelum bunga popi benar-benar masak. Namun sedikit kandungan alkaloid masih wujud.

Walaupun kas kas berasal daripada tumbuhan yang sama dengan heroin dan morfin, kas kas tidak akan menyebabkan ketagihan.

Manakala penggunaannya di restoran-restoran mamak hanya dalam kuantiti sedikit sebagai penambah rasa makanan.

Sumber Berita: World Off Buzz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...