“Pelanggan Busuk Hati Yang Sailang Bisnes” – Pemilik Cafe ‘Dihalau’ Secara Halus, ‘Plot Twist’ Ini Buat Netizen Puas!

Kehidupan

“Pelanggan Busuk Hati Yang Sailang Bisnes” – Pemilik Cafe ‘Dihalau’ Secara Halus, ‘Plot Twist’ Ini Buat Netizen Puas!

Satu perkongsian di Facebook baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya berkenaan pengalaman seorang usahawan kafe telah ‘disailang’ perniagaan oleh pelanggannya sendiri.

Tulis pemilik Facebook Kukubesi Manipulasi ini di Facebook, kafe milik sahabatnya terpaksa ditutup kerana telah ditamatkan kontrak penyewaan secara tiba-tiba.

Advertisement

Kedai kena ‘sailang’

Difahamkan, kontrak sewa itu telah ‘disailang’ oleh bakal pemilik unit kedai itu dan sahabatnya telah diminta untuk keluar daripada kedai berkenaan lebih awal.

Pada awalnya, sahabat itu telah ditawakan dengan bayaran sewa yang lebih tinggi namun ditarik balik pemilik baru kedai berkenaan meskipun telah dipersetujui penyewa lama.

Tanpa diduga, penyewa lama kafe tersebut telah diam-diam mengubah suai kembali kedai tersebut dalam keadaan asal dan kosong meskipun terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit.

‘Owner’ baru terkejut kedai jadi macam asal

Netizen juga menganggap ia satu tindakan bijak setelah pemilik baru kedai berkenaan seolah-olah merasakan bakal menerima kedai tersebut tanpa ada ubah suai seperti asalnya.

Nampak tak game owner ni, sebenarnya dia sangka kawan aku keluar tanpa buat pemecahan renovation dan owner pikir dia boleh run bisnes yang sama guna cafe yang sedia ada tanpa mengeluarkan kos baru.

Orang tamak selalu rugi, penyewa lama juga dikhabarkan sudah melakukan bisnes di tempat baru manakala kedai itu masih belum menemui penyewa yang baru.

Selalunya ‘orang terdekat’ yang busuk hati

Tulis individu itu lagi, dunia perniagaan sememangnya kejam dan hanya orang yang berhati tekad dan kuat semangat mampu terus maju dalam bisnes yang diusahakan mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan penyewa berkenaan yang seakan bijak dalam mengatasi sikap sesetengah orang yang tamak haloba.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mengamuk
12 months ago

(VIDEO) "Abang Pernah Bake Ke?" - 6 Jam Beratur Nak Beli Cromboloni, Netizen Bengang 'Owner' Cafe Biadab Dengan Pelanggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...