Pelanggan Boleh Dikompaun Jika Mencantum Meja Di Premis Makanan

COVID-19

Pelanggan Boleh Dikompaun Jika Mencantum Meja Di Premis Makanan

Berikutan pengumuman daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa orang ramai boleh dine in di premis makanan berkuatkuasa hari ini.

Walau bagaimanapun, hanya dua orang satu meja sahaja dibenarkan dalam satu masa.

Advertisement

Sejurus itu, polis memberi amaran kepada pelanggan di restoran, gerai dan kedai makanan supaya tidak mencantumkan meja di tempat berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, tindakan mencantumkan meja melebihi dua orang boleh dikompaun kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Berita Harian.

Sumber : Berita Harian

Sehubungan itu, pelanggan dinasihati untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan di premis makanan iaitu hanya dua orang sahaja untuk satu meja.

Bukan itu sahaja, pelanggan harus mengisi maklumat dan memeriksa suhu badan sebelum memasuki premis makanan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...