Peniaga-peniaga online sudah pasti telah berjumpa bermacam-macam kerenah pelanggan. Tak kisah dari segi positif mahupun negatif, lumrah menjadi peniaga online memang akan bertemu dengan pelbagai ragam pelanggan.
Macam yang berlaku kepada seorang wanita ini, dia berkongsi kisahnya di akaun Facebook miliknya dengan menggunakan nama Asikin Abrani. Dia mendapat seorang pelanggan untuk order cheese tart yang dijualnya.
Apa yang membuatkan wanita ini berasa kurang senang, pelanggan tersebut enggan membayar caj penghantaran yang ditetapkan oleh peniaga itu kerana tidak kena dengan jarak dan kuantiti makanan yang dipesan.
Bukan itu sahaja, pelanggan berkenaan siap buat pengiraan menggunakann Microsoft Excel untuk mendapatkan harga caj penghantaran yang tepat dan sewajarnya daripada peniaga ini.
“Sorry lah, akauntan memang banyak buat kira-kira”
Menerusi perbualan Whatsapp yang dikongsi oleh peniaga ini, pelanggan itu juga takut dimarahi oleh suaminya kerana takut membazir, RM 5 untuk caj penghantaran.
Walau bagaimanapun, peniaga ini memberi respon yang baik dan memberitahu kepada pelanggan berkenaan untuk mencari peniaga lain yang lebih dekat jarak daripada rumah pelanggan itu.
Posting ini mendapat hampir empat ribu perkongsian di Facebook dan menarik perhatian netizen kerana sikap pelanggan tersebut ‘berkira’ dengan caj penghantaran yang dikenakan oleh peniaga ini.