Selalunya, kita akan dengar kes barang diterima rosak kerana cara pembungkusan yang tidak ‘secure’ kan, tetapi kali ini terbalik pula.
Menurut perkongsian Zahid di laman Twitter nya, dia meluahkan rasa terkilan susulan seorang pelanggan yang bertindak memberi 3 bintang di kedai Shopee hanya kerana bungkusan parcel yang terlalu secure. Adoi…
Packaging secure pun dapat 3 Star sebab takde mood nak bukak katanya ? pic.twitter.com/LpVBqLODpp
— zahid (@zahIDGAF) February 28, 2021
“Packaging terlalu secure sampai takda mood saya nak buka, mood nak makan pun takde jadinya”
Bukan apa lah kan, kalau alasan lain mungkin lah penjual boleh terima. Tetapi kali ini, hanya kerana bungkusan yang sememangnya lagi selamat dan terjaga. Ha nak salahkan siapa ni?
Kata Zahid, walaupun 3 bintang tu tak menjejaskan ‘product rating‘, tetapi alasan yang diberikan buatkan dia rasa tersentap juga.
“Agak kecewa sebab sebenarnya rate main-main macamni boleh rosakkan rating seller”
Penjual ini turut memberitahu jika ada sebarang ketidakpuasan, pelanggan boleh tinggalkan pesanan terus kepada penjual. Cara ni lebih baik kan.
Tambah penjual Choco Jar ini, ada juga yang komen bungkusannya secure tetapi mereka masih bagi 5 bintang.
“Kalau barang tak menepati apa yang korang nak macam pecah, hilang, mesej seller dulu ya. Kami akan sedaya upaya utk refund barang korang”
Rata-rata netizen yang membaca turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan alasan tersebut, yelah..nanti barang rosak, penjual juga nak ganti. Lebih baik playsafe dengan cara begini. Betul tak?
“Kenapa macam ni pulak. Secure salah, tak secure pun salah”
“Betullah kata orang susah nak puaskan hati manusia. Kalau saya lah, saya suka yang packaging secure sangat. Baru laa rasa selamat makan yang kita beli”
Harapnya isu ni dapat diambil iktibar, jangan terus melulu bagi rating atas alasan yang kurang relevan ya.
Kadang-kadang perkara yang dirasakan kecil tulah sangat bermakna buat penjual-penjual di luar sana untuk mencari rezeki. Semoga kita dapat belajar sesuatu dari isu ini.