Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelanggan Arab Tawar Lebih RM100,000 Untuk Beli Gaun Kahwin Anzalna Nasir

Gaun yang dipakai oleh Anzalna Nasir pada majlis resepsi perkahwinannya masih lagi menjadi topik hangat dek kerana keindahan dalam rekaan tersebut.

Advertisement

Baru-baru ini, ada seorang pelanggan daripada Arab Saudi sanggup membeli gaun tersebut dengan harga USD 25,000 ( lebih kurang RM 102,537.50). Wow!  Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh perekanya Cosry kepada Anzalna, dimana pelakon itu juga terkejut dengan berita berkenaan.

Tiga hari selepas majlis selesai, saya dimaklumkan yang ada pelanggan dari Sarawak menghubungi pihak Cosry. Pelanggan itu mahu menempah gaun baru tetapi dia mahu rekaan yang sama seperti saya gayakan.

Malam tadi pula, pihak Cosry hubungi saya dan mengatakan yang ada pelanggan dari negara Arab Saudi mahu membeli baju yang telah saya pakai. Saya ingatkan main-main sahaja, rupa-rupanya perkara ini serius. Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD 25,000 terhadap baju tersebut.

Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal.

Advertisement

Namun, seperti yang dijanjikan oleh pihak Cosry sebelum ini, mereka akan menghadiahkan gaun tersebut kepada Anzalna dan pelakon itu juga tidak mahu menjual gaun tersebut kepada orang lain.

Buat Anzalna, memori indah bersama gaun tersebut lebih bernilai daripada segala-galanya.

Wah, memang cukup cantik dan hebat bukan rekaan gaun Anzalna sehingga ia menjadi viral dan memikat orang lain untuk habis ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan gaun tersebut.  Nampaknya cemburu lagi lah seorang pelakon wanita yang pernah dengki dengan Anzalna. Heh..

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top