Seorang wanita Muslim berkongsi pengalaman mengejutkan dilayan secara rasis ketika melancong ke Korea Selatan, sehingga diarahkan “get lost” oleh penduduk tempatan hanya kerana memakai tudung.
Menurut video yang dimuat naik, insiden bermula sebaik tiba di lapangan terbang apabila seorang lelaki Korea meluru ke arahnya dan rakannya, sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan mengancam untuk mencederakan mereka.
Wanita itu juga mendakwa menerima layanan negatif semasa menggunakan perkhidmatan e-hailing.
Pemandu menunjukkan mesej di skrin telefon berbunyi, “Saya tidak boleh hidup di mana-mana negara Muslim,” sambil ketawa.
Meskipun kecewa, beliau tetap memuji tindakan pantas pihak polis Korea yang menahan lelaki terbabit di lapangan terbang.
Insiden ini mengundang pelbagai reaksi warganet, yang menggesa agar pelancong Muslim lebih berhati-hati dan menyemak tahap mesra-Muslim sesebuah negara sebelum merancang perjalanan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.