Pelancong Mencuri Semua Bunga, Taman Eko Terpaksa Ditutup

Trending

Pelancong Mencuri Semua Bunga, Taman Eko Terpaksa Ditutup

Sebuah taman eko di China telah diarahkan tutup kerana kehilangan lotus flower ataupun bunga teratai yang dicuri oleh pelancong.

Taman eko yang dijangka akan dibuka semula selepas mengalami kerja pembinaan sebelum ini, terpaksa ditutup sehingga hujung tahun ini kerana ketiadaan bunga teratai yang telah dicuri.

Advertisement

Walaupun taman eko itu masih lagi ditutup, pelancong bertindak diluar kawalan dan  memanjat pagar tinggi yang menutup kawasan berkenaan.

Salah seorang pekerjanya, Zhou memaklumkan kerja-kerja pembinaan sudah hampir siap tetapi tiada gunanya lagi kerana tiada lagi bunga yang boleh dipamerkan.

“Kami tidak dapat untuk mengawal pelancong. Kami yakin telah melakukan kerja yang bagus. Kami telah meletakkan nota pada pagar taman dan kawasan berdekatan.  Malah kami juga menyediakan pengawal keselamatan untuk berkawal.”

Dikatakan dalam sehari saja seramai 200-300 pelancong yang telah menceroboh kawasan taman itu hingga menyebabkan mereka perlu menambah bilangan pasukan keselamatan untuk mengawal.

Video dan gambar mengenai insiden ini telah tular di media sosial dan mendapat kritikan dari semua pihak yang mengutuk sikap pelancong di negara itu.

Selalunya orang datang taman nak tengok bunga, belum pernah dibuat lagi datang taman curi bunga. Harapnya dekat Malaysia tak jadi lah macam ni.

Sumber: scmp

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...