Polis Narathiwat menasihati rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke selatan Thailand agar tidak berkunjung ke perkampungan nelayan.
Menurut Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Pratya Baite ia kerana kawasan tersebut dikenal pasti sebagai lokasi panas dadah dan pengedar di wilayah berkenaan biasanya akan memilih perkampungan itu untuk membina sarang mereka.
Kami mendapat maklumat bahawa pengedar dadah di wilayah ini akan menggunakan kampung-kampung ini sebagai tempat mengumpul dan menjual dadah kepada pengedar tempatan.
Tambahnya, polis Narathiwat melakukan operasi berkala di kampung-kampung tersebut untuk menangkap mereka yang terlibat dan operasi itu akan dijalankan sepanjang masa dan setakat ini, semuanya berjaya.
Disebabkan itu, Kolonel Pratya Baite menasihatkan pelancong Malaysia supaya tidak sesekali bertandang ke sana bagi mengelakkan kejadian buruk yang tidak diingini.
Ujarnya lagi, pihaknya mendapat maklumat daripada pembekal dadah Thailand yang ditahan pihak berkuasa sebelum ini.
Pil yaba dan heroin masih menjadi dadah paling popular yang dicari oleh pengedar Malaysia di Thailand bagaimanapun katanya sejak dua tahun yang lalu, polis Narathiwat tidak menahan mana-mana pengedar dadah warga Malaysia.
Bagaimanapun, kami menahan ramai pengedar warga Thailand yang mengatakan kedua-dua jenis dadah ini popular dalam kalangan pengedar warga Malaysia.
Pusher Malaysia biasanya akan membeli dadah daripada pengedar Thailand yang berhampiran sempadan, seperti dari daerah kecil Sungai Golok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.