Pelancong Dari Ireland Puji Makanan Lapangan Terbang Malaysia ‘Next Level’, Anak Cerewet Pun Boleh Terima

Makanan

Pelancong Dari Ireland Puji Makanan Lapangan Terbang Malaysia ‘Next Level’, Anak Cerewet Pun Boleh Terima

Seperti yang kita sedia maklum, pemilihan makanan sering menjadi cabaran utama ketika membesarkan anak-anak.

Ada anak yang mudah menerima apa sahaja yang dihidangkan, namun tidak kurang juga yang sangat cerewet hingga menyukarkan ibu bapa mencari makanan yang sesuai.

Advertisement
anak cerewet makan

gambar hiasan

Menariknya, sepasang pelancong dari Ireland berkongsi bahawa anak mereka yang terkenal cerewet soal makan, ternyata tiada masalah menyesuaikan diri dengan hidangan yang disediakan di lapangan terbang Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ia memaparkan anaknya yang berusia tiga tahun itu menikmati juadah mi berkuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kebanyakan makanan di lapangan terbang adalah sukar untuk kanak-kanak tapi bukan di Malaysia.

Wanita tersebut turut memuji betapa hebatnya makanan di Malaysia yang ternyata sedap walaupun di lapangan terbang kerana selalunya makanan di lapangan terbang yang lain hanya didatangkan dengan makanan yang asal boleh sahaja.

Malah, makanan di lapangan terbang di Malaysia sudah mencapai next level. 

Menjengah ke ruangan komen, wanita itu bukan sahaja memuji akan kesedapan makanan di Malaysia malahan sangat terkejut dengan budaya tempatan yang mana restoran masih beroperasi sehingga ke lewat pagi.

komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Wanita Kesal Ramai Pelanggan Masih Enggan Kemaskan Meja Selepas Makan - "Mentaliti Kelas Ketiga Betul Orang Kita.."
21 hours ago

Wanita Kesal Ramai Pelanggan Masih Enggan Kemaskan Meja Selepas Makan - "Mentaliti Kelas Ketiga Betul Orang Kita.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...