Sebelum ini pernah dikecam susulan memuat naik hantaran memaparkan kediaman dua anggota kumpulan K-Pop popular iaitu BTS, pempengaruh yang juga merupakan seorang usahawan bernama Kim Seri sekali lagi menjadi bahan kecaman warganet.
Pelancong merungut syarikat ejen pelancongan Kim Seri teruk
Kes terbaru yang tular di platform media sosial adalah mengenai syarikat ejen pelancongannya yang didakwa berikan perkhidmatan teruk.
Terdapat beberapa pelancong yang menggunakan perkhidmatannya merungut kerana terlalu teruk, malah ada yang meluahkan rasa kecewa.
Tour guide under Kim Seri tiba-tiba mood swing sampai keseluruhan trip terjejas. Tak seronok langsung. Servis dia teruk. Mungkin yang pergi dengan kumpulan tak terasa sangat tapi yang pergi private tour.. Oh My God.
Kim Seri mohon maaf, minta beri ruang
Susulan sedar mengenai rungutan dan kecaman yang diterima daripada orang ramai, tuan badan tampil membuat permohonan maaf dan mengakui segala yang berlaku disebabkan kelemahan daripada pihak pengurusan syarikatnya.
Setelah menjadi ibu tunggal yang menguruskan segalanya, saya agak burn out, kekurangan masa dan terkejar-kejar menguruskan segala-galanya sehingga mengabaikan banyak hal.
Dalam pada masa yang sama, pempengaruh itu memohon agar netizen memberinya ruang dan masa untuk perbaiki kelemahan syarikatnya pada ketika ini.