Selepas tular isu pelancong China berkelakuan biadab terhadap barista tempatan, kini timbul pula satu lagi insiden melibatkan tindakan vandalisme oleh seorang pelancong wanita dari negara sama ketika melawat Chew Jetty, Pulau Pinang.
Menerusi sebuah video yang dikongsi di media sosial, seorang netizen tempatan mendedahkan bahawa wanita berkenaan menconteng mural awam yang indah dengan melukis gambar panda merah, yang disifatkannya sebagai “binatang kebanggaan negaranya.”

“Saya secara diam melukis panda merah hari ini,” tulisnya di kapsyen.
Perbuatannya disedari oleh beberapa pekerja sekitar kawasan tersebut yang segera cuba menghalangnya, namun wanita itu tetap berdegil dan meneruskan lukisan haram itu.
Lebih mengejutkan, pelancong tersebut kemudian memuat naik beberapa gambar memperlihatkan dirinya bersama hasil lukisan vandalisme itu sambil bercerita betapa “sukarnya melukis di ruang terhad” tetapi bangga kerana mendapat perhatian daripada pelancong lain yang lalu di situ.

Susulan video berkenaan tular, rata-rata warganet tempatan mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab itu dan menganggap wanita berkenaan telah mencemarkan keindahan mural tempatan serta bersikap tidak menghormati budaya dan seni komuniti setempat.
Ramai turut menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelancong yang melakukan vandalisme di kawasan pelancongan bersejarah itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
