Pelancong China Bantu Pelancongan Malaysia Melonjak Semula

Berita

Pelancong China Bantu Pelancongan Malaysia Melonjak Semula

Industri pelancongan Malaysia kini menunjukkan pemulihan ketara apabila mencatatkan 10.5 juta kedatangan pelancong dalam lima bulan pertama 2025, hampir menyamai angka 11 juta yang direkodkan pada tempoh sama sebelum pandemik pada 2019.

Menurut penganalisis MBSB Research, Eunice Ng Qing Rong, pertumbuhan ini dipacu oleh lonjakan pelancong dari ASEAN serta China. Kedatangan pelancong ASEAN meningkat 15.5 peratus kepada 15.1 juta orang, sekali gus menyumbang lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pelawat.

Advertisement

tahun melawat malaysia 2026

Faktor lain yang membantu termasuk peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan dasar pengecualian visa untuk pelancong China, yang menarik hampir 1.8 juta pelawat.

Qing Rong berkata, perkembangan positif ini memberi limpahan ekonomi kepada sektor runcit, F&B, inap desa dan pelancongan budaya. Malaysia dijangka berada di landasan untuk mencapai sasaran 31.4 juta pelancong tahun ini, sekali gus mengukuhkan persediaan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

Beliau turut menjangkakan sektor pengguna kekal berdaya tahan hasil dasar kerajaan, pasaran buruh stabil serta prospek inflasi lebih baik.

pegawai klia dicederakan
2025-08-15 03:34:34

Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan, Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di KLIA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...